Arip30

Amar Maa’ruf Nahi Mungkar

  • Tips Untuk Anda

  • Chat

  • Arip's Photo

Kelebihan Wanita

Posted by arip30 on September 20, 2008

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Posted in Agama | Leave a Comment »

CMOS Checksum Error

Posted by arip30 on August 14, 2008

Kekadang kalau kita tidak tahu ilmu komputer, susah jugak. Apa-apa bidang yang diceburi kalau tak tahu tentang komputer, perkakasan, perisian memang jadi masalah.. Bagi anda yang hendak menceburi bidang perniagaan internet & menjadi usahawan internet, anda perlu tahu [wajib tahu] perkara asas tentang komputer. )
Oklah, balik kepada tajuk kita… baca dialog diantara En. A & pak_aen dibawah.. siapa pak_aen? 8)

En. A: Komputer aku CMOS Chesksum Error, apa nak buat?
pak_aen : Ko tukar je batteri baru ….
En. A: Komputer ada bateri ker ?

Untuk pengetahuan En. A dan anda, komputer mempunyai sebiji bateri. Bateri itu terletak pada papan induk [ motherboard ]. Ia sebesar duit syling 20 sen. Ia adalah satu perkakasan komputer juga.
Bateri ini merujuk kepada 2 tujuan kegunaannya…
1. Untuk membekalkan konfigurasi ingatan [ CMOS ].
2. Untuk membekalkan jam & masa pada komputer [ menunjukkan tarikh dan masa ].

Tak semestinya bila Cmos Checksum Error, batteri anda perlu tukar baru… Ada faktor lain yang menyebabkan mesej ralat CMOS Checksum Error dipaparkan, cuma untuk post nie saya nak tekankan mengenai bateri dahulu..

Bagaimana kita nak tahu Bateri kita kena tukar….
1. Apabila anda on PC anda, mesej ralat CMOS Checksum Error akan dipaparkan.
2. Anda masuk pada CMOS setup, dan anda setting masa & tarikh pada CMOS anda mengikut tarikh semasa.
3. Setelah selesai setting, pastikan anda save & exit CMOS tersebut.
4. Tutup suis komputer anda, dan ON kan semula.
5. Sekiranya mesej ralat tersebut masih keluar, masuk kembali CMOS dan tengok setting masa & tarikh anda tadi.
6. Jika didapati masa & tarikh setting berubah, maka wajiblah anda tukar Bateri baru… )

Ada juga mesej ralat lain, yang memberitahu supaya anda tukar bateri
1. CMOS Battery State Low
2. CMOS System Options Not Set
3. CMOS Time And Date Not Set

Cara Menukar Bateri
Cara menukar battery ni, mudah je… Kalau anda hantar kedai, kena harga mahal tau, sedangkan anda boleh tukar sendiri dengan beli bateri harga RM12 jer..

Posted in Komputer | Leave a Comment »

Pelancaran Windows Vista Di Malaysia

Posted by arip30 on August 14, 2008

Tahukah anda pelancaran Sistem Operasi terkini dari Microsoft iaitu Windows Vista. Microsoft akan melancarkan 2 produknya yang terkini iaitu Windows Vista dan Office 2007 di Malaysia. Bagi pengguna awam seperti saya & anda pelancarannya pada 3 & 4 Febuari yang telah diadakan di Low Yatt Plaza , Kuala Lumpur. Sudahkah anda bersedia menukar kepada sistem operasi Vista ini?. :).Anda boleh rujuk aktiviti2 yang akan diadakan pada hari tu, Event Information

Sebenarnya banyak dah jual kat kedai Windows Vista ni, tapi paham2 lah yer…:wink: ..Sebelum anda hendak bertukar kepada sistem operasi Windows Vista ini, anda kena uji speksifikasi perkakasan atau perisian komputer anda kerana Windows Vista ini hanya menyokong perkakasan & perisian terkini.. Anda boleh cuba samada komputer anda mampu untuk sokong Windows Vista ini guna Windows Vista Upgrade Advisor

Posted in Komputer | Leave a Comment »

Selamat Tinggal Windows XP

Posted by arip30 on August 14, 2008

Macam tajuk lagu lak rasanya ) … Betul ker sistem operasi yang terkenal ni akan tinggal kenangan?..Dikala Windows Vista dalam keadaan yang kurang stabil atau terumbang-ambing pengoperasiannya pelbagai cara Microsoft mencuba untuk meningkatkan penjualan sistem operasi baru mereka ini..Akhirnya Microsoft telah menjumpai 1 cara dimana anda semua terpaksa menerima kehadiran sistem operasi baru mereka ni iaitu Windows Vista.. Terpaksa gak belajar ilmu komputer baru ni )
Pada 30 Jun 2008, Microsoft akan menamatkan sistem operasi yang cukup terkenal [ Windows XP ].

JANGAN TAKUT !!!!! )
Pengguna Windows XP masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini sehingga akhir hayat..sampai bila2 lah tetapi produk support seperti security software update dari Microsoft akan tamat pada 14 April 2009. Microsoft melakukan ini kerana ingin menjadikan Windows Vista terkenal disebabkan ia adalah sistem operasi meraka yang terbaru…Microsoft menamatkan semuakan sistem operasi yang terdahulu untuk memberi laluan kepada Vista berada dipasaran.

XP Timeline
30 Jun 2008
Syarikat pengeluar PC memberhentikan pengeluaran PC siap sedia dipasang Windows XP, maknanya semuanya Windows Vista.

31 Jan 2009
Microsoft memberhentikan semua penjualan Windows XP di pasaran.

14 April 2009
Free live support and warranty akan tamat.

8 April 2014
Semua support Windows XP akan tamat. [Selamat Tinggal Windows XP].

Sekarang ni anda sendiri boleh lihat dimana pakej penjualan komputer, notebook baru semuanya siap sedia dipasang dengan Windows Vista… Susah nak cari komputer atau notebook baru yang ada driver Windows XP semuanya Windows Vista…Syarikat2 pengeluar PC semuanya sudah mula mengeluarkan PC baru yang menggunakan Vista macam Compaq Presario V3713AU

Ini semua apa yang sy baca..Jika semua ini berlaku, apa anda lakukan?.. Bertukar kepada Vista?.. atau Mac? Linux?..

Posted in Komputer | Leave a Comment »

Aliran Udara Yang Betul Kurangkan Kepanasan Processor

Posted by arip30 on August 14, 2008

Pengaliran udara dalam casis adalah sangat penting, kerana pengaliran udara yang salah boleh menyebabkan haba panas di dalam casis tidak dapat di bawa keluar dan boleh menyebabkan overheating processor.. Panas2 boleh terbakar processor tu…Ini salah satu penyebab komputer anda menjadi lembab, tetiba restart sendiri dan mati sendiri ketika anda sedang melakukan kerja… [ tension oooo klu tgh buat keje tetiba komputer mati sendiri ] ) ..jangan salahkan RAM klu komputer anda lembab..Haba panas bukan hanya dikeluarkan oleh processor jer, malah chipset papan induk dan chipset kad video pun mengeluarkan haba panas..
Oklah, aliran udara yang betul di dalam casis.. lihat gambarajah di bawah,


Gambar 1


Gambar 2

Ada 2 contoh, kedua2nya sama konsep sebenarnya… beza nya ada 1 kipas & 2 kipas berada di belakang casis…Pastikan udara sejuk dibawa masuk melalui kipas yg berada di hadapan casis anda, dan dibawa keluar oleh kipas power supply atau kipas sampingan yang berda di belakang casis anda…tengok gambar anda paham kan?:)

Contoh aliran udara yang salah,


Gambar 3


Gambar 4

Bagi gambar 3, semua kipas bawa keluar udara panas, tanpa membawa udara sejuk masuk ke dalam casis…Macam mana nak sejuk kalau tiada udara sejuk masuk.. )

Gambar 4, ada udara sejuk di bawa masuk tetapi tidak melalui kawasan yang memerlukan udara sejuk [ kawasan papan induk ]..

Cara mengenalpasti samada kedudukan pengaliran udara dalam casis anda betul adalah mudah…Letakkan tapak tangan anda di hadapan kipas power supply, kemudian rasa haba yang keluar, samada udara masuk ke dalam casis atau keluar…Pastikan udara keluar dari power supply dengan keadaan haba yang panas..Ini bermaksud kepanasan di dalam casis anda di bawa keluar.. Senang bukan…

Sekiranya udara masuk kedalam, maka anda ada 2 pilihan..
1.  Tukar kedudukan atau terbalikkan kipas yang berada di dalam power supply supaya udara boleh di bawa keluar… [ Bagi mereka yang mahir ]
2.  Hantar ke kedai [ Sekiranya komputer atau power supply anda masih dalam tempoh warranty & mereka yang tak berapa nak mahir ].

Ini adalah contoh bagi standard casis jer…sekarang ni di pasaran banyak model casis anda boleh dapat, ada kipas di tepi…power supply duduk kat depan..semuanya sama jer, yang penting ada udara masuk, ada udara di bawa keluar supaya tidak berlaku kepanasan yang melampau dalam casis anda..
Anda boleh lihat contoh casis di mana power supply terletak di hadapan…model i-cute QH series.. [ sy menggunakan casis model ni ]

Kipas di tengah membawa udara sejuk ke dalam casis, kipas kat tengah2 tu betul2 letak bertentangan dengan processor..jadi sejuklah processor anda..Sekiranya anda hendak mencari casis, carilah yang sesuai dan mempunyai aliran udara yang betul serta luas.. Yang penting murah …

Posted in Komputer | Leave a Comment »

Adap Mendengar Azan

Posted by arip30 on August 14, 2008

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul maut’ .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ”
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. .”
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.. amin.. amin Yarobbala’lamin. .”

Posted in Agama | Leave a Comment »

Adap Berpakaian

Posted by arip30 on August 14, 2008

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” ・(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” ・(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya. ” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
“Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

・Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Posted in Persediaan Peribadi | Leave a Comment »

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

Posted by arip30 on August 14, 2008

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal
atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh
keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Posted in Persediaan Peribadi | Leave a Comment »

5 syarat untuk buat maksiat

Posted by arip30 on August 14, 2008

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak

Posted in Agama | Leave a Comment »

6 perkara sempurna puasa

Posted by arip30 on August 14, 2008

IBADAT puasa wajib dilaksanakan umat Islam dan hukumnya fardu ain. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan (ijmak) ulama atau ilmuan Islam.

“Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu.” (al-Baqarah:83)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Didirikan Islam atas lima perkara – antaranya puasa Ramadan.” (Riwayat Bukhari)

Suka atau tidak, umat Islam yang cukup syaratnya dikehendaki berpuasa selama sebulan Ramadan. Apabila berpuasa hendaklah menjaga adab dan batasnya, supaya puasa yang dikerjakan diterima Allah.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan, iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat, puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah secara total.

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.

Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:

“Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.” (al-Maidah:42)

4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.

Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

Posted in Agama | Leave a Comment »